Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Kebaikan Koperasi Sekolah

         Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.         Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di