Skip to main content

Kebaikan Koperasi Sekolah


         Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

        Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam aktiviti  jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.

         Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada setiap barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk memulakan pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu murid yang dari keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

        Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan rendah dan tiada pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat kerja yang diberikan oleh guru mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan  menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan tersebut.Dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat membantu murid-murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan perkhidmatan yang disediakan.

       Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat cermat.Hal ini kerana apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit lebihan itu dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh digunakan  jika ada kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan pembedahan dan sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid sejak mereka kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid harus menyimpan atau menanbung kerana menabung merupakan satu amalan yang mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat dapat dipupuk melalui koperasi sekolah.

        Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,malah memberi banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita dapat melahirkanmurid yang lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan matang dalam membuat keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap akan berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain itu,koperasi sekolah juga dapat dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan membuat tempahan buku dengan pembekal di luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha untuk menyediakan satu perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah.







Comments

  1. Terbaik karangan nii...doakan sy lulus dpt keputusan yang cemerlang dalam SPM TAHUN 2018 ini terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya harap karangan ini akan keluar dalam spm 2018

    ReplyDelete
  3. Agak takut la jga brhdapan dgn spm

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan kita (CALON SPM 2018) dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Semua dok cri karangan koperasi eh hahahah

    ReplyDelete
  6. Hahahah..maybe terkluar esk...amin🤗

    ReplyDelete
  7. Esok mungkin keluar kot.. good luck🤝🇲🇾

    ReplyDelete
  8. as the big jj i con9lan7firm this will going to be question of spm 2018 alhamdulilah

    ReplyDelete
  9. Good Luck Batch 01. Fighting!

    ReplyDelete
  10. Kol 8 nanti SPM baru aku baca Wei 💆

    ReplyDelete
  11. Semoga segala idea dpt dicurahkan dlm krts peperiksaan BM tanpa kekangan.Aminnn...

    ReplyDelete
  12. Bje jam lagi exam Goodluck bro

    ReplyDelete
  13. saya mintak izin nak copy boleh..?

    ReplyDelete
  14. tahun ini pasti keluar karangan rangsangan

    ReplyDelete
  15. Min,minta izin utk ambik sedikit isi di sini,moga awk terus maju jaya,bagus karangan awk 👍

    ReplyDelete
  16. Ulasan yang hebat👍

    ReplyDelete
  17. Gudluck SPM batch covid ❤️
    let's show that we can do it! do not give up!

    ReplyDelete
  18. goodluck batch 03 ! 3 days left ;(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PICK ME LYRIC -WANNA ONE

PRODUCE 101 - PICK ME (LYRIC) neoleul bodeon geu sungan (Pick me Pick me Pick me) siseon gojeong neoege (Pick me Pick me Pick me) nunbusyeo Shining Shining jebal nae mam-eul Pick me Pick me (Pick me Pick me Pick me) neowa issneun i sigan (Pick me Pick me Pick me) nan neomu ppalla bul-anhae (Pick me Pick me Pick me) meomchwojwo hold me hold me majimagkkaji Pick me Pick me neoneun naege neomu yeppeoseo kkum-ilkka nan neomu dulyeowo gieoghae jebal i sungan Tonight oneul bam ju-ingong-eun naya na naya na neoman-eul gidalyeo on naya na naya na ne mam-eul humchil salam naya na naya na majimag dan han salam naya na naya na oneul bam ju-ingong-eun naya na naya na neoman-eul gidalyeo on naya na naya na ne mam-eul humchil salam naya na naya na majimag dan han salam naya na naya na Pick me Pick me Pick me up (Pick me Pick me Pick me) Pick me Pick me Pick me up (Pick me Pick me Pick me) Pick me Pick me Pick me up (Pick me Pick me Pick me) Pick me Pick me up naega anindeushan na (

lirik lagu Havana

. Havana Camila Cabello Hey Havana, ooh na-na (ay) Half of my heart is in Havana, ooh-na-na (ay, ay) He took me back to East Atlanta, na-na-na Oh, but my heart is in Havana (ay) There's somethin' 'bout his manners (uh huh) Havana, ooh na-na (uh) He didn't walk up with that "how you doin'?" (uh) (When he came in the room) He said there's a lot of girls I can do with (uh) (But I can't without you) I knew him forever in a minute (hey) (That summer night in June) And papa says he got malo in him (uh) He got me feelin' like Ooh-ooh-ooh, I knew it when I met him I loved him when I left him Got me feelin' like Ooh-ooh-ooh, and then I had to tell him I had to go, oh na-na-na-na-na Havana, ooh na-na (ay, ay) Half of my heart is in Havana, ooh-na-na (ay, ay) He took me back to East Atlanta, na-na-na (uh huh) Oh, but my heart is in Havana (ay) My heart is in Havana (ay) Havana, ooh na-na Jeffery Just graduated, fresh on